top of page

Program Cactus Hope’ 16

Oleh: Chew Cai Yun

 

Program Cactus Hope’16 merupakan satu projek anjuran Biro Keusahawanan, Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional Berhad (DPP TNB), Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena “Earth Day 2016”. Program jualan kaktus bermula pada 20 Mac hingga 24 Mac 2016, di perkarangan bangunan DKG 1, Bangunan Pusat Pengajian Perniagaan.

Sebahagian daripada jualan keuntungan program ini akan disumbang kepada Rumah Kanak-kanak Permata Tersayang. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan “Green Campus” dan dapat meningkatkan imej UUM ke arah mengekalkan keindahan kampus.

Menurut Pengarah Program, Goh Xin Yee, pokok kaktus dapat dijadikan sebagai perhiasan dalam bilik. Program ini juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar UUM tentang kebaikan kaktus, kepentingan “Earth Day” dan juga memupuk semangat cinta terhadap "Green Campus".

Antara aktiviti yang dijalankan ialah program menjual kaktus kepada mahasiswa. Poster dan risalah yang diedarkan mengandungi maklumat tentang kebaikan kaktus.

Penghantaran kaktus bermula pada pukul 5 petang bertarikh 26 Mac 2016 di DPP masing-masing.

Ahli jawatankuasa program ini menghias pasu pokok kaktus untuk menarik perhatian pelajar UUM. Terdapat pelbagai jenis kaktus dijual seperti Kaktus Mini, Mamill Cactus, Pincushion Cactus, dan Ball Cactus dengan harga RM6.

"Ball Cactus" merupakan sejenis kaktus yang berbunga dan berbentuk bola. Pokok kaktus ini boleh tumbuh dengan ketinggian 7 hingga 15cm. Kaktus ini perlu diletakkan di tempat yang teduh dan terlindung daripada cahaya matahari. 

Kaktus mempunyai kandungan vitamin C yang dapat menjaga kehalusan kulit dan mencegah jerawat. Selain itu, kaktus dapat menambah darah, mencegah demam, dan menurunkan tahap kolesterol. Pelajar UUM digalakkan untuk membeli kaktus supaya dapat menyihatkan badan dan memupuk semangat menanam kaktus.

bottom of page