top of page

Sintok, 28 Mac. – Program Projek Cuci Kereta dan Bazar Preloved serendah RM 2.00 dibuka kepada orang awam bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk menganjur dan mengendali sesuatu program serta memupukan nilai keusahawanan dalam diri pelajar. 

 

Pelajar – pelajar Kokurikulum Pembangunan Masyarakat Kumpulan A dan B bergambar bersama Penasihatnya, Dr.Azizah Othman.

Program berkenaan dianjurkan oleh para pelajar unit ko-kurikulum Pembangunan Masyarakat kumpulan A dan B di tapak pesta kovonkesyen UUM pada 26 Mac yang lalu

Program ini dilaksanakan untuk memenuhi syarat-syarat pembelajaran yang wajib dilakukan oleh pelajar Ko-Kurikulum Pembangunan Masyarakat.

Projek cuci kereta dan bazar preloved berlangsung di tapak pesta konvonkesyen berhadapan dengan Pusat Kesihatan Univesiti dan jalan besar menghala Dewan Muadzam Shah telah menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang untuk singgah mencuci kereta dan membeli barangan jualan preloved.

Selain itu, promosi giat dilakukan untuk memberitahu orang awam berkenaan program projek ini sedang berlangsung.

Pengarah Program, Mohamad Fakhrul Razin Bin Zulkifli berkata program ini untuk mengeratkan lagi kerjasama antara pelajar selain dapat memperolehi pengetahuan dalam menjalan sebuah perniagaan secara kecil-kecilan.

“Kami  menjual barangan yang boleh digunakan semula dan menyediakan perkhidmatan mencuci dengan harga rendah dengan memberi kesedaran kepada orang awam untuk menjaga kebersihan kereta dan motor mereka.“

“Bazar Preloved juga dapat membantu meringankan beban pelajar-pelajar UUM untuk memperolehi barangan yang diperlukan dengan harga terendah.“

Katanya lagi, “ Hasil kutipan ini akan disalurkan kepada projek amal yang bakal kami jalankan di rumah anak-anak yatim di Jitra, Kedah.“

Menurut beliau, anggaran kenderaan yang terlibat dalam projek mencuci kereta sebanyak 50 kenderaan yang terdiri daripada kereta pensyarah, pelajar UUM dan orang awam.

 

Manakala Bazar Preloved pula mendapat kutipan hasil jualan yang tinggi melalui jualan barangan yang boleh diguna semula seperti baju, kasut, baju dan lain-lain.

Program Projek Cuci Kereta dan Bazar Preloved Serendah RM 2.00 kepada Orang Awam.

bottom of page