top of page

SINTOK – Dewan Penginapan Pelajar Petronas (DPP Petronas), Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan satu program berbentuk mobiliti yang disertai oleh pelajar daripada Prince of Songkla Universiti (PSU), baru-baru ini.

Ketibaan pelajar daripada PSU disambut dengan kehadiran Pengetua DPP Petronas, DR. Mohd Nazri Baharom dan barisan ahli Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS).

Para pelajar daripada PSU diberi kunci bilik setelah selesainya taklimat ringkas yang disampaikan oleh President JKPS, saudari Anis Amalina sepanjang program ini berlangsung.

Program ini telah disertai 40 orang pelajar daripada DPP Petronas, UUM dan 43 pelajar daripada Prince of Songkla University.

         

Persembahan budaya daripada pelajar DPP Petronas disambut dengan meriah dengan adanya persembahan zapin, tarian cina, tarian india dan persembahan solo.

         

Pengetua DPP Petronas DR. Mohd Nazri Baharom berkata, program yang dianjurkan ini lebih menumpukan kepada sikap pelajar DPP Petronas dalam menonjolkan interaksi interpersonal dalam pergaulan dengan pelajar dari universiti daripada luar Malaysia.

 

         

 “Sikap perhubungan silatulrahim yang tersemai sepanjang program berlangsung antara pelajar  DPP Petronas dengan pelajar PSU menjadi kebanggaan buat kami sebagai tuan rumah dan mengalu-alukan lagi kedatangan daripada pelajar PSU.” katanya ketika memberi ucapan dalam majlis penutupan sepanjang program ini berlangsung.

          

Menurut beliau lagi, program yang dianjurkan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan tempat, cara pembelajaran dan juga  aktiviti yang dilakukan oleh pelajar  UUM kepada pelajar PSU.

UPHA – DPP PETRONAS, UUM ANJUR PROGRAM MOBILITI

bottom of page