top of page

SINTOK  20 MAC – MAS Heyday’16 meriah kerana mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan pelajar UUM dan juga orang luar dengan anggaran kedatangan sebanyak 1000 orang.

MAS Heyday’16 merupakan hari terbuka tahunan kali-ke2 Dewan Penginapan Pelajar MAS di bawah anjuran Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) DPP MAS yang bemula dari 17 Mac hingga 19 Mac di tapak ekspo DPP Mas.

Bagi merancakkan program ini, Biro Siswi telah mengadakan Flashmob’ MAS Heyday’16 bermula dari DPP Mas ke DKG 6 sehingga ke ruang legar COLGIS.

Sempena Heyday MAS, satu kutipan derma telah dijalankan dalam kalangan penghuni DPP MAS dan semasa aktiviti Flashmob.

Kutipan derma itu diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk pembelian anak-anak itik bagi tujuan pelepasan di Tasik MAS sempena ‘DISCOVER UUM’.

Perasmian ‘MAS Heyday’16 disempurnakan oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr. Mohd Dino Khairri Bin Shariffudin dan oleh Pengetua DPP MAS , Dr. Mohd Azril bin Ismail.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ‘Ekspo Maswag’, ‘Rumah Hantu’, ‘ Sukan Rakyat’, ‘Health Corner’, ‘Explorace’, dan ‘Room Deco’.

Di samping itu, terdapat pertandingan –pertandingan yang dianjurkan oleh Biro Integrasi seperti Pertandingan Tulisan Khat, Tanglung dan Kolam.

Menurut  Pengarah Program, Nur Adirah Abdul Manaf, program ini bertujuan untuk menonjolkan DPP MAS sebagai DPP eksklusif  di mana DPP ini merupakan yang pertama membuat Flashmob untuk Hari Terbuka.

“Program ini juga bertujuan untuk menjana pendapatan kepada tabung DPP MAS”, ujar beliau lagi.

“Program ini sangat meriah kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik dan juga jualan- jualan yang menjadi tarikan kepada pengunjung” kata pengunjung MAS Heyday’16.

MAS HEYDAY’16 MERIAH 

bottom of page