top of page

SINTOK - Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS), DPP PETRONAS, UUM telah menganjurkan program11 sehingga 13 Mac 2016 bertempat di Dewan Penginapan Pelajar PETRONAS, UUM.

Program ini disertai oleh 43 orang pelajar Prince Songkhla University (PSU) dan 13 orang barisan JKPS DPP PETRONAS.

Program ini merupakan lawatan akademik PSU ke DPP PETRONAS bagi tujuan mendedahkan kepada mereka tentang sistem pengajaran dan pembelajaran di UUM.

Melalui program ini, pelajar PSU diperkenalkan dengan budaya serta makanan tradisional Malaysia.

Dalam aktiviti ‘ice-breaking , secretariat JKPS telah diperkenalkan kepada pelajar PSU untuk dijadikan sebagai ‘Buddy’ sepanjang program tersebut dijalankan.

Antara aktiviti utama yang dijalankan dalam program tiga hari ini ialah Jejak Puncak Vista, Menunggang Kuda , lawatan ke kandang burung unta, tips Bahasa Inggeris, Permainan Tradisional, Persembahan Seni Budaya Malaysia-Thailand, Discover Malaysian Food, Campus Tour,Simulasi pengajaran dan pembelajaran di dalam dewan kuliah dan  lawatan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah,UUM.

Menurut Pengetua Dewan Penginapan Pelajar PETRONAS, Dr. Mohd Nazri Bin Baharom,“ Program  ini dapat mempromosikan UUM dengan lebih dekat dan dapat memacu DPP PETRONAS sebagai DPP terbaik.”

“Program ini juga dapat mendedahkan pelajar luar tentang kehidupan dan cara pengajaran dan pembelajaran di UUM,” tambah beliau dalam majlis perasmian Malam .

Pada Malam , pelajar PSU dan UUM berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka.Antaranya persembahan menyanyi lagu, ‘mimicking’ ,menari dan membuat lakonan drama.

JALINAN BUDAYA MALAYSIA – THAILAND

bottom of page