PUNCAK VISTA SATU PANORAMA KEINDAHAM ALAM HIJAU UUM
May 23, 2016
SINTOK – “Universiti di Rimba Hijau” menunjukkan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) kaya dengan khazanah alam flora dan fauna yang mampu memukau pandangan setiap pengunjung yang datang. Selain itu, kejayaan Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih kedudukan ke-45 dalam senarai Green Metric World University menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap kehijauan alam.
PUSAT EKUIN UUM
May 23, 2016
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyediakan kemudahan yang menarik untuk aktiviti sukan kokurikulum seperti Pusat Ekuin. Pusat Ekuin UUM telah ditubuhkan pada tahun 2008, dan penubuhannya adalah untuk memperkenalkan aktiviti sukan berkuda kepada pelajar dan masyarakat di sekeliling. Pusat Ekuin ini tidak terdapat pada semua Universiti Awam dengan menyediakan aktiviti sukan tersebut. Malah, di UUM telah menyediakan Pusat Ekuin yang bertaraf dunia.
DPP PETRONAS DIIKITIRAF SEBAGAI DPP ELIT UUM
May 23, 2016
DPP Petronas ditubuhkan pada 1991. Pada tahun tersebut, DPP Petronas dinamakan sebagai Kolej D9 sempena nama bangunan mengikut nombor yang diberikan oleh pihak universiti mengikut nombor. DPP Petronas diselia di bawah pihak pengurusan Pusat Penginapan Pelajar (SAC) dan DPP ini menggunakan moto ‘The Power Of Patriotism’. Kedudukan DPP Petronas adalah sangat strategik berhampiran dengan The Varsity Mall, Pusat Budaya dan Seni, Masjid Sultanah Badlishah, Pusat Aktiviti Pelajar, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Dewan MAS, Dewan TSO dan lain-lain.
BUNGA TEKOMA BAGAIKAN MUSIM SAKURA DI UUM
May 23, 2016
Kehadiran musim berbunga Pokok Tecoma seakan ditunggu-tunggu oleh pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana keindahan bunganya. Bunga Tecoma yang gugur mengindahkan pemandangan dan seakan sama seperti musim bunga sakura di Jepun. Pokok Tecoma merupakan pokok hutan yang dipulihara dan dipelihara dibawah Unit Landskap dan Perhutanan UUM kerana ia sesuai dengan kawasan persekitaran UUM yang dikelilingi oleh hutan tebal Sintok.
DUSUN BUAH-BUAHAN HASIL PENGELUARAN UUM
Universiti Utara Malaysia (UUM) terkenal dengan gelaran Universiti di Rimba Hijau kerana keindahan alam semula jadinya. Di UUM, terdapat banyak dusun buah-buahan di sekeliling kampus yang menjadi hasil pengeluaran UUM. Dengan adanya dusun buah-buahan ini, ia dapat menonjolkan kecantikan dan keindahan pemandangan di kawasan kampus UUM.
POKOK TIGA BERADIK TARIKAN UTAMA DISCOVER UUM
Pokok 3 Beradik atau bahasa saintifiknya Tetrameles nudiflora merupakan sejenis pokok daun luruh besar yang tergolong dalam keluarga Dutiscaceae. Pokok ini terdapat di seluruh Asia bermula dari India melalui Asia Tenggara, Malaysia dan ke utara Australia. Pokok ini dipanggil Mengkundor di Malaysia dan nama panggilannya adalah berbeza mengikut negara. Contohnya, di Indonesia pokok ini dipanggil Binong atau Kayu Tabu manakala di Thailand pula dipanggil Som Phong.
May 22, 2016
Antara tanaman herba yang terdapat di UUM ialah kunyit hitam, halia, senduduk, pegaga dan sebagainya. Herba-herba yang terdapat di tapak projek Tanaman Herba mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain itu, herba-herba ini juga sebagai makanan tambahan, bahan ubatan dan bahan aroma oleh masyarakat untuk menjaga kesihatan atau mengubati penyakit secara tradisional
May 13, 2016
Taman Botani atau Botanical Garden merupakan salah satu daripada taman yang ada di Universiti Utara Malaysia (UUM) ini. Taman Botani ini dijadikan untuk pelajar-pelajar dan staf UUM beristirehat dan melakukan aktiviti yang berfaedah.
May 13, 2016
Penubuhan mini golf ini adalah idea daripada Naib Canselor yang keempat iaitu Dato` Prof Ir. Dr. Mohammad Noor Bin Haji Salleh. Menurut beliau Mini golf ini adalah untuk memastikan mahasiswa kita tidak berasa bosan. Mini Golf ini juga ada menyediakan 2 buah wakaf dan kaunter pendaftaran untuk pelajar yang inginkan melihat tempat ini.
May 13, 2016
Buah tunjuk langit atau nama saintifiknya Swietenia macrophylla terkenal di Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana rupanya yang unik dan pokok ini ditanam hampir sepanjang jalan di kawasan UUM. Pokok Buah Tunjuk Langit adalah sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh meliar ataupun ditanam di kawasan tropika dan terdapat dalam pelbagai jenis.
May 13, 2016
Bilangan kedatangan pelancong semakin bertambah dan nama UUM menjadi sebutan orang ramai setelah terbinanya Anjung Tamu atau juga dikenali sebagai “Welcome Centre”.
Dari utara mengalir Sungai Sintok. Dari timur mengalirnya Sungai Badak. Bertemu di tasik tenang damai di barat. Kemudian airnya mengalir keluar ke arah selatan. Air sungai yang jernih dari hulu, bertemu air keruh mencuci tebing yang berlumut dan menghaluskan kerikil tajam di jeram dan melicinkan batu-batan dan pasir di tasik di tengah-tengah kampus, akhirnya menjadi jernih semula menuju ke muara dan kuala terus ke laut luas
Sebahagian daripada jualan keuntungan program ini akan disumbang kepada Rumah Kanak-kanak Permata Tersayang. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan “Green Campus”, dan dapat meningkatkan imej Universiti Utara Malaysia ke arah mengekalkan keindahan kampus.
May 13, 2016
Taman Burung Unta ini wujud sejak tahun 2013, November dan dikawal selia oleh Unit Park & Recreation UUM. Unit Park & Recreation juga menguruskan taman-taman untuk tujuan produksi/pengeluaran hasil-hasil pertanian dan ternakan seperti Taman Burung Unta, Taman Rusa, Taman Botani, Taman Hutan UUM, Dusun Buah-buahan, Ladang Hutan bagi Pokok Karas dan Pokok Teja serta lain-lain hasil pengeluaran di UUM.