top of page

SINTOK: Fynn Jamal yang terkenal sebagai penyanyi dan motivator telah berkongsi ilmu keusahawanan dengan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 4 Mac yang lalu bertempat di Dataran Budaya, UUM.

Sempena Karnival Usahawan Mahabbah UUM 2016, UUM telah menampilkan Fynn Jamal usahawan belia yang berjaya memilik butik pakaian dengan jenama FYNNJAMALRTW selain produk makanan DapurFJ yang semakin mendapat nama di Malaysia.

Melalui perkongsian itu, beliau berkata untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan kita harus membuang sifat hasad dengki sesama kita.

Beliau mengambil contoh budaya orang cina di Malaysia yang sentiasa berkongsi maklumat sesama mereka tentang perniagaan tanpa menyimpan hasad dengki walaupun dalam bidang yang sama.

“Di Malaysia, kita amat bertuah kerana banyak kelebihan yang tersedia untuk menjalankan perniagaan, contohnya SME Bank yang menyediakan pinjaman kewangan kepada kita dalam memulakan perniagaan” tambah beliau.

Ujar beliau lagi, “untuk menjadi seorang muslim yang lebih bermakna, perniagaan adalah Sunnah Rasulullah yang patut diceburi oleh kita semua supaya kita dapat membantu saudara seagama atau insan yang memerlukan bantuan.”

Sebelum menjadi seorang usahawan, Fyn Jamal pernah bekerja di Kazakhstan sebagai seorang guru bahasa Inggeris selama tiga tahun.

Dengan perkongsian ini, diharapkan mahasiswa UUM akan menjadi lebih berani dalam menceburi bidang perniagaan samaada di dalam kampus mahupun di luar kampus.

Menurut pelajar jurusan Pengurusan Teknologi UUM, Anis Amira Azmi berkata karnival ini telah memberi pendedahan tentang ilmu keusahawanan kepada mahasiswa dan mahasiswi UUM.

Mahasiswa perlu memulakan aktiviti keusahawanan untuk  menjana pendapatan sendiri supaya dapat menangani masalah kewangan, katanya.

Karnival Usahawan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pengunjung kerana karnival ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti jualan vendor, IT fair, forum perdana, cabutan bertuah dan sebagainya.

FYNN JAMAL BERKONGSI ILMU KEUSAHAWANAN

bottom of page