top of page

TANAMAN HERBA KHAZANAH BERHARGA

OLEH : Nur Asykin Che Mat

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memperkenalkan projek tanaman herba untuk mewujudkan satu persekitaran yang menarik. Tanaman herba ini diperkenalkan bagi membantu mahasiswa dan kakitangan di UUM untuk mengenali jenis, khasiat dan kegunaan herba dalam perubatan tradisional dan kesihatan masyarakat pada zaman moden ini.

Antara tanaman herba yang terdapat di UUM ialah kunyit hitam, halia, senduduk, pegaga dan sebagainya. Herba-herba yang terdapat di tapak projek Tanaman Herba mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain itu, herba-herba ini juga dijadikan sebagai makanan tambahan, bahan ubatan dan bahan aroma oleh masyarakat untuk menjaga kesihatan atau mengubati penyakit secara tradisional.

Norani Abu Seman, Arkitek Landskap, JPP UUM berkata bahawa “tanaman herba yang terdapat di UUM dijadikan sebagai bahan perubatan bagi mengubati penyakit. Selain itu, projek tanaman herba ini menjaadikan UUM sebagai satu organisasi yang mempunyai kepakaran dalam menentukan herba untuk merawat penyakit.”

Menurut beliau lagi, “pihak mereka akan melakukan penambahan tanaman herba yang terdapat di UUM. Hal ini kerana, penanaman herba telah memberi banyak kelebihan kepada masyarakat terutamanya untuk merawat penyakit. Kepelbagaian tumbuhan herba ini akan membantu pihak kesihatan dalam melakukan penyelidikan untuk merawat penyakit mahasiswa dan kakitangan di UUM”.

Tanaman herba UUM terletak di sepanjang laluan DKG 1 ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Kawasan ini dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok herba yang dijadikan bahan penyelidikan oleh pihak PKU untuk menghasilkan ubatan bagi merawat penyakit. Di samping itu, taman herba ini memberi kesedaran kepada kakitangan dan mahasiswa tentang peranan tumbuhan herba dan kaedah pemuliharaannya.

Penanaman herba juga salah satu tarikan dalam program Discover UUM yang akan berlangsung pada tahun ini dimana secara tidak langsung, membantu mempromosikan kampus UUM sebagai “Universiti Di Rimba Hijau” supaya dapat dilawati pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh yang demikian, projek tanaman herba ini penting untuk menarik pelancong luar datang ke UUM.

Penggunaan tumbuhan herba dalam kehidupan seharian dikatakan dapat mengelakkan mendapat penyakit yang merbahaya kepada kesihatan. Oleh yang demikian, jenis tanaman herba yang ditanam di UUM ini dapat membantu mahasiswa dan kakitangan UUM sebagai langkah berjaga-jaga dengan mengambil tumbuhan herba dalam pemakanan seharian.

Di UUM, penanaman tumbuhan herba akan dilakukan dengan lebih banyak lagi untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman tersebut. Penambahan tumbuhan herba dalam kawasan tanaman herba dapat membantu meningkatkan kepelbagaian produk kesihatan yang dihasilkan melalui penggunaan jenis-jenis tanaman herba yang ada.

Selain itu, penggunaan tumbuhan herba boleh diambil dan dijadikan sebagai ubat tambahan atau sebagai penguat tenaga. Tumbuhan ini boleh dimakan secara terus mahupun dilumatkan dahulu untuk merawat sesuatu penyakit. Kini, penggunaan herba semakin popular di kawasan sekitar kerana kepelbagaian khasiat yang terdapat daripada herba-herba tersebut untuk dijadikan ubatan kesihatan. Ubat-ubatan yang dibuat secara tradisional kebanyakannya diperbuat daripada tumbuhan herba. Justeru itu, penggunaan herba popular dalam perawatan penyakit secara tradisional.

 

Pihak JPP UUM dikatakan akan menjalankan satu proses penambahan keluasan tapak projek penanaman herba di kawasan Tanman Herba bagi membolehkan pelbagai spesies herba ditanam dan digunakan dalam penyelidikan dan perawatan ubatan sebagai hiasan landskap UUM.

Kepelbagaian tanaman herba yang terdapat di UUM akan membantu dan sebagai tarikan dalam projek yang sedang dijalankan iaitu Discover UUM. Taman Herba akan menarik ramai pelancong luar untuk datang ke UUM selain melawat tempat-tempat menarik yang ada di UUM untuk dikunjungi. Penambahan jenis tanaman herba akan membantu memperkenalkan UUM sebagai kawasan pelbagai tumbuhan herba yang baru. Oleh yang demikian, kandungan air yang ada dalam tumbuhan inilah yang dapat membantu dalam proses pembuatan ubatan tradisional dalam pelbagai jenis penyakit atau sakit yang ringan.

bottom of page