top of page

Sintok : Kumpulan Ramly Burger baru-baru ini telah menampilkan tiga orang ahli panel dalam Forum Wacana Ilmu sempena Karnival Usahawan Mahabbah UUM 2016 yang berlangsung di Dataran Budaya, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2 Mac yang lalu.

Forum ini membicarakan mengenai kepentingan makanan halal dalam konteks kehidupan seharian pelajar.

Forum yang dikendalikan oleh Penasihat Syariah Kumpulan Ramly Burger iaitu Ustaz Firdaus Jaafar bersama-sama dengan dua orang ahli panel jemputan, Ustaz Dr. Sukki Othman, Pensyarah Kanan UPM dan Nasir Bilal Khan, pelakon telemovie Tanah Kubur yang memegang watak sebagai Tok Adi.

Ramly Burger yang terkenal sebagai syarikat pengeluar daging burger dan makanan sejuk beku   menaja sepenuhnya Forum Wacana Ilmu dan telah berjaya menarik minat pengunjung dari dalam dan luar UUM untuk mengikuti forum bual bicara tersebut.

Antara initipati yang dibincangkan dalam forum tersebut ialah mahasiswa harus menjaga pemakanannya kerana Ustaz Dr. Sukki Othman berkata, “Dalam hidup ini untuk mengapai kejayaan kita harus menjaga pemakanan kita kerana apa yang dimakan akan menjadi darah daging kita.”

Manakala Nasir Bilal Khan pula berkata, “Santapan rohani itu adalah penting dalam kehidupan seorang Muslim sekiranya ingin berjaya di dunia dan akhirat.”

 

Moderator, Ustaz Firdaus Jaafar bersama dua orang panel jemputan iaitu Nasir Bilal Khan dan Ustaz Dr Sukki Othman.

Salah seorang mahasiswa UUM Khairunnajah Zulkiply berkata, “Banyak input berguna yang saya perolehi menerusi forum ini misalnya tentang cara – cara pemilihan makanan yang suci kerana ia merupakan antara usaha mencapai matlamat menjadi seorang pelajar yang cemerlang.”

Forum ini diserikan lagi dengan persembahan seni silat gayong oleh Cikgu Atan iaitu guru silat seni gayong sebagai persembahan penutup.

Selain forum ini, terdapat juga pesta jualan vendor yang disertai oleh peniaga yang terdiri dalam kalangan mahasiswa UUM dan peniaga luar.

 

Para peniaga merebut peluang ini dengan menjalankan aktiviti jualan mereka seperti jualan makanan dan minuman, pakaian dan sebagainya

Makanan Halal Bentuk Sahsiah Terpuji 

bottom of page