top of page

Sintok- Creative Industry Talent Empowerment Zone (Citezone) bakal diadakan pada 9-12   April 2016 dan program ini juga diadakan sempena tahun melawat UUM iaitu Discover UUM 2016.

Program Citezone ini merupakan program pembangunan modal insan yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) dan Universiti Utara Malaysia.

Program ini akan diadakan sepanjang program “SMMTC week” yang bakal berlangsung dan pelbagai aktiviti bakal dijalankan.

Menurut Diddy yang merupakan salah seorang artis yang terlibat dalam Citezone ini, beliau berkata “Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar yang ingin bergiat aktif di dalam industri kreatif”.

Program ini juga akan memberikan pelajar pelbagai pengetahuan tentang industri kreatif yang sering muncul di kaca televisyen.

Selain itu, terdapat bengkel dan master class untuk bidang perfileman, animasi dan muzik ketika program ini dijalankan.

Penyertaan ini terhad kepada 120 orang pelajar yang akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan bidang industri kreatif.

Selain itu juga, program ini menjemput tenaga pengajar dan fasilitator dari bidang-bidang industry kreatif.

Yang menariknya, program ini tidak dikenakan sebarang yuran pendaftaran dan penginapan serta makanan disediakan oleh pihak pengajur.

Sebarang maklumat lanjut boleh melayari lawan web rasmi http://www.citezoneevent.my/.

Citezone Mencungkil Bakat Pelajar UUM

bottom of page