top of page

BUNGA KERTAS SERIKAN LANDSKAP UUM

Oleh : Farah Faidah Bt Abdullah@Mahmud

Bunga merupakan elemen yang penting untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah lanskap. Bunga mampu memberi ketenangan dan emosi yang positif.

Arkitek Lanskap Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan (JPP), Puan Norani Abu Seman berkata, pada tanggal 21 Julai 2011 Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengistiharkan bunga kertas sebagai bunga rasmi UUM dilancarkan oleh Prof Datuk Mohamed Mustafa selaku Naib Canselor ketika itu. Beliau berkata, keadaan tanah dan iklim di UUM bersesuain dengan bunga kertas yang memerlukan cahaya matahari untuk mengeluarkan bunga

“ Hampir 30 spesis bunga kertas terdapat di UUM termasuk bunga kertas jenis memanjat. Terdapat tujuh warna bunga kertas seperti merah, oren, merah jambu, biru, putih, kuning dan unggu,” katanya.

Nama saintifik bunga kertas ialah Bougainvillea yang diambil sempena nama seorang ahli pelayaran bangsa Perancis, A De Bougainvillea kerana telah menjumpai bunga tersebut dan dibawa ke Eropah pada kurun ke 17, didapati berbunga buat kali pertama di Paris.

Puan Norani berkata, walaupun bunga kertas mudah diurus, namun  penjagaan yang betul perlu diutamakan untuk memastikan kesuburan pokok seperti hendaklah menanam menggunakan tanah bercampur pasir untuk pelancaran air, baja dibubuh 15 hari sekali dengan mengelilingi pasu dan jauhkan dari terkena akar. Penyiraman air dilakukan satu hari sekali pada waktu pagi

“Dataran Perdana, Dataran Dewan Mas dan Dataran Canselori merupakan kawasan lanskap utama di UUM,” Tambah beliau.

“Lanskap Dataran Perdana yang berada di tengah-tengah UUM  berkonsepkan Islamik yang diberi penekanan bersumberkan Al-Quran yang menerangkan terdapat sungai-sungai yang mengalir di Syurga. Oleh itu, terdapat cabang sungai di pancuan air di Dataran Perdana,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, Dataran Dewan Mas pula berkonsepkan padang yang berkeluasan 13,000 meter persegi. Penanaman pokok bunga dikurangkan untuk memudahkan pengunjung berkumpul memandangkan Dewan Mas menjadi dewam rasmi majlis konvokesyen.

“Manakala, Dataran Canselori berkeluasan 14,000 meter persegi yang mempunyai pelbagai tanaman pokok dan terdapat logo UUM di tengah-tengah dataran,” Ujarnya lagi.

Keindahan lanskap UUM terbukti apabila menjuarai  Lanskap Kebangsaan pada tahun 2001 bagi kategori kolej, institusi pendidikan dan latihan. Reka bentuk, penanaman pokok yang sesuai, penyelengaraan, kebersihan dan keindahan kawasan UUM menjadi kriteria dalam kemenangan Lanskap UUM.

Katanya, lanskap UUM sedang dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai pengunjung di UUM sempena “Discover UUM” pada tahun ini sekaligus dapat mengekalkan keindahan dan kecantikan UUM.

bottom of page