top of page

PUSAT EKUIN UUM

Oleh : Nik Mohamad Amirul Fikrie Bin Nik Zulkifli

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyediakan kemudahan yang menarik untuk aktiviti sukan kokurikulum seperti Pusat Ekuin. Pusat Ekuin UUM telah ditubuhkan pada tahun 2008, dan penubuhannya adalah untuk memperkenalkan aktiviti sukan berkuda kepada pelajar dan masyarakat di sekeliling. Pusat Ekuin ini tidak terdapat pada semua Universiti Awam dengan menyediakan aktiviti sukan tersebut. Malah, di UUM telah menyediakan Pusat Ekuin yang bertaraf dunia.

Di Pusat Ekuin UUM kini telah menyediakan 15 ekor kuda bagi memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan Universiti untuk menyertai sukan berkuda ini sekali gus dapat memanfaatkan prasarana yang telah disediakan oleh pihak Universiti. Menurut dalam perancangan UUM, bagi menyertai pertandingan sukan berkuda sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat kebangsaan namun perlu juga dilihat dari segi atlet dan jurulatih yang mempunyai kepakaran yang lebih dalam sukan berkuda ini.

“Bilangan kuda yang terdapat di Pusat Ekuin kini bertambah dari asalnya 8 ekor dan sekarang mempunyai 15 ekor termasuk kuda padi (kecil). Antara kuda yang ada ialah Jimmy, Romeo, Martina, For us, Sakura, Ladang, Tiger, Pablo dan dua ekor kuda padi. Kesemua kuda dijaga oleh pekerja yang berpengalaman dalam menguruskan kuda,” kata jurulatih berpengalaman Pusat Ekuin Mohd Hafizam Wan Ismail. Menurut beliau lagi jadual perjalanan tugas Pusat Ekuin adalah bermula pada pukul 6 pagi sehingga pukul 7 petang.

Encik Hafizam juga merupakan seorang penderma hati pertama negara Malaysia yang telah sudi menderma sebahagian hatinya kepada seorang kanak-kanak yang bernama Mohd Afiq Iqmal Muhammad Zani, kira-kira 17 tahun yang lalu, semasa Encik Hafizam berusia 23 tahun. Beliau bertugas sebagai ketua jurulatih di Pusat Ekuin UUM.

Pusat Ekuin juga pernah menjalankan kursus pensijilan pengurusan kuda bertaraf   “O-level” yang mempunyai penyertaan dari masyarakat luar yang mempunyai minat dalam sukan berkuda. Kursus sukan berkuda diadakan adalah bermatlamat di mana untuk mengetahui pelbagai aspek asas dalam pengendalian kuda. Satu aspek yang paling penting dalam pengendalian kuda untuk mencapai standard menunggang kuda yang baik ialah “sikap”  di mana penunggang yang baik mesti dapat memahami dan sekurang-kurangnya menyukai kuda.

Selain aktiviti kokurikulum Pusat Ekuin juga menyediakan kelas pengurusan dan menunggang kuda kepada sesiapa yang berminat dalam sukan berkuda. Kelas menunggang kuda ini juga dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah dan mempunyai banyak pengalaman dalam pengendalian kuda. Dalam kelas pengendalian kuda setiap peserta diajar dalam kesemua aspek mengenai pengurusan kandang dan cara penjagaan kuda. Bagi yang berminat dalam kelas pengendalian kuda selama 8 sesi boleh menyertai dan yurannya adalah RM180. Setiap sesi kelas adalah 1 jam dan mempunyai dua iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Dalam pengurusan stable terdapat banyak peraturan yang perlu diketahui seperti peraturan “grooming” dan bersihkan kuda. “Grooming” adalah perlu dibuat dengan teliti agar dapat mengesan kesan luka yang terdapat pada badan kuda dan juga membersihkan najis yang melekat pada badan kuda tersebut. Peraturan memberi makanan kepada kuda juga mesti mengikut jadual makan dan minum mengikut sukatan yang ditetapkan.

Belajar mengenai pengendalian kuda adalah satu pengalaman yang berharga di mana dapat mengamalkan salah satu sunah Nabi Muhammad S.A.W. Sukan berkuda ini juga adalah sukan yang menyeronokkan dan dapat menyihatkan tubuh badan.

bottom of page