top of page

INFO TAMBAHAN

Apa Itu "Discover UUM"

                        Pameran kehijauan Kampus sempena Discover UUM 2016 mempamerkan warisan flora dan fauna dilihat dapat mengembangkan pengetahuan masyarakat tentang khazanah alam semulajadi negara ini yang terdapat di Sintok. Menurut Ketua Sekyen Fotografi, Shamsaimi Ezil, pameran ini dapat merancakkan lagi Discover UUM sebagai medium mempromosikan UUM seiring dengan Tahun Melawat Kedah 2016. Panorama indah yang memukau pandangan mata ditambah pula dengan kehijauan alam semulajadi serta dikelilingi taman yang cantik berlatarbelakangkan pemandangan habitat liarnya seperti berada di dalam hutan simpan yang mempunyai pelbagai khazanah yang tersimpan lama tanpa disentuh sesiapa. Mengakui pengalaman ketika mengadakan sesi fotografi di Hutan Sintok, terdapat sebuah tasik yang terletak berhampiran lapang sasar menampilkan suasana tenang dan nyaman pastinya memberi detik-detik terindah buat pencinta alam yang pergi ke sana. Mungkin ramai yang tidak tahu akan keindahan yang tersimpan di Kampus Sintok yang terkenal dengan pelbagai landskap semulajadi dan apa yang kami saksikan di sana, kami paparkan dengan merakam foto suasana tersebut. Dengan adanya pemeran fotografi ini, orang ramai dapat menghayati sendiri keindahan flora dan fauna dengan lebih dekat seperti mereka berada di lokasi gambar tersebut dirakam, ujarnya. Jelasnya, jurufoto bertungkus lumus merakam gambar dalam komposisi sudut terbaik untuk tatapan ramai dan menerusi pameran ini juga, koleksi gambar kepelbagaian keindahan di Kampus Sintok seperti tasik, hutan dan landskap. Foto keindahan Kampus Sintok dibingkaikan dan disusun memenuhi ruangan EDC-UUM, ditayangkan semasa Bengkel Pembangunan Produk dan Persediaan Pakej Kota Star/Langkawi/Discover UUM 2016. Bengkel ini merupakan anjuran Tourism Kedah, EDC-UUM dan BizTalk anjuran OYAGSB, baru-baru ini. Sementara itu, Jurufoto, Hairul Nizam Zahari, team Seksyen Fotografi terus giat mempromosikan UUM di mata dunia, gambar menarik yang dirakam dimasukkan ke dalam laman media sosial seperti Facebook telah mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia dan pelancong luar. Bumi Sintok yang memliki khazanah alam semulajadi terutamanya spesis flora dan fauna yang kian pupus dan terancam berupaya menjadi salah satu aset pelancongan negara ini. Satu dunia kini boleh melihat keindahan UUM dalam laman Facebook, sejak itu pihak kami menerima respon positif bukan sahaja dalam negara malah masyarakat dunia kini mula bertanya di mana lokasi UUM sekali gus menyatakan hasrat untuk melihat dan merasai  keindahan tersebut dengan mata sendiri di kawasan tersebut katanya.Orang ramai berpeluang menyaksikan karya Jurufoto UUM dalam pameran yang dijangka akan diadakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM dan Alor Setar tidak lama lagi.

bottom of page