top of page

Perlis - Seramai 19 peserta The Institute of Public Relation Malaysia Student Association (IPRMSA-UUM Chapter) akan turut serta dalam “Bengkel Perancangan Strategik APRC 2016 dan Pembinaan Pasukan” pada hujung bulan April ini.

           

IPRMSA merupakan sebuah kelab di bawah Kolej Sastera dan Sains tetapi penyertaannya tidak terhad kepada pelajar Kolej Sains dan Sastera sahaja, malah kelab ini terbuka kepada semua Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM).

 

Bengkel Perancangan Strategik APRC 2016 dan Pembinaan Pasukan ini merupakan program perancangan awal bagi “Asean University Conference on Public Relation and Communication (APRC)”. 

Sebenarnya, program APRC 2016 juga adalah merupakan kesinambungan daripada program APRC 2015 dan penyertaan terbuka kepada semua pelajar-pelajar Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pelajar-pelajar Perhubungan Awam khususnya dari negara ASEAN termasuklah Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina ke UUM.

           

“Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli jawatankuasa IPRMSA-UUM Chapter dalam kemahiran kepengurusan, merangka strategi pengurusan yang berkesan untuk penganjuran APRC 2016 dan membina kemahiran berpasukan dalam kalangan ahli persatuan” ujar Penasihat IPRMSA-UUM Chapter, Dr. Syarizan Dalib.

           

Katanya, ahli jawatankuasa akan didedahkan tentang perancangan kepengurusan dengan betul dengan mengadakan taklimat dan ceramah berkaitan strategi pengurusan kewangan, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pengurusan acara serta strategi penajaan dan promosi.

 

Pengarah program, Reza Amirul Adib Bin Redzwan berkata, lokasi yang menjadi pilihan untuk program ini adalah Tasoh Lake Resort & Retreat.

 

Menurutnya, bengkel yang akan diadakan di Tasok Lake  Resort & Retreat bertujuan untuk memantapkan sekreteriat ahli jawatankuasa APRC 2016 yang akan bertanggungjawab dalam menjayakan APRC 2016 yang akan diadakan pada bulan Novermber tahun ini.

IPRMSA Tingkat Kemahiran Kepengurusan

bottom of page