top of page

SINTOK 4 APRIL – Persatuan yang bergiat aktif dalam acara tanding dalam universiti adalah silat olahraga. Baru-baru ini terdapat 30 orang atlet Pencak Silat Universiti Utara Malaysia (UUM) menceburi dalam acara Kejohanan 7th Upsi & International Pencak Silat Championships 2016 yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak beberapa hari yang lepas.

Kejohanan ini biasanya akan diadakan pada setiap tahun pada bulan April. Penyertaan seramai 17 pasukan daripada kategori terbuka dan 33 pasukan daripada kategori Universiti Awam(UA) dan Universiti Swasta(US) yang menyertai kejohanan tersebut termasuklah daripada kontinjen UUM.

Setiap acara kejohanan Pencak Silat yang diadakan UUM tidak terlepas peluang untuk menghantar Pesilat universiti untuk menyertai kejohanan tersebut supaya dapat meraih tempat dan membawa pulang pingat. Dan setiap kali pulang dari perlawanan Pencak Silat UUM akan membawa pulang pingat.

Menurut ketua pasukan Pencak Silat UUM “ Pada kejohanan kali ini kami hanya berjaya meraih 7 pingat secara keseluruhan iaitu 2Emas,2Perak dan 3Gangsa”.

Mereka bersyukur walaupun itu belum capai target mereka untuk mendapatkan 5emas yang ingin kami capai untuk Universiti Utara Malaysia.

Beliau menyatakan terdapat 1Emas,2Perak dan 1Gangsa dari acara silat seni. Manakala 1Emas dan 2Gangsa dari acara silat tanding olahraga.

Menurut beliau lagi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Penolong Pegawai Belia dan Sukan Puan Afiza Binti Mohammad yang telah banyak membantu dari segi pengurusan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Kejohanan yang akan datang Pencak Silat UUM yang dikenali sebagai Phoenix Utara ingin mencapai sasaran pingat yang lebih banyak lagi dari kejohanan yang sebelum ini.

Phoenix Utara akan lebih fokus pada kejohanan yang akan datang yang diadakan di Negeri Sembilan iaitu Kejohanan Silat Timbalan Perdana Menteri 2017 pada bulan Oktober ini.

Pencak Silat UUM membawa pulang 2 pingat EMAS 

bottom of page