top of page

Sintok: Sekumpulan pelajar Hortikultur IV, telah menjalankan  aktiviti pemasuan orkid bagi melengkapkan sukatan pelajaran pada hari sabtu baru-baru ini.

 

Amali pemasuan orkid dilakukan di tapak semaian pusat kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai latihan setelah mempelajari teori dalam kelas.

 

Amali ini dijalankan untuk membiakan orkid daripada satu induk menjadi lebih banyak.

 

Pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kelas dengan menggunakan alatan seperti scateur, arang, orkid, pasu dan penukul.

 

“Perusahaan orkid merupakan salah satu tanaman komersial di Malaysia.

 

“ Selain menggunakan arang, pokok orkid juga boleh hidup menggunakan sabut kelapa, batu bata dan habuk kayu,” ujar penasihat hortikultur IV.

 

Di samping itu, aktiviti ini bertujuan untuk mengekalkan kehijauan alam sekitar.

 

Turut hadir penyelaras Hortikultur IV, Tuan Haji Zainal, bagi memantau amali tersebut.

HORTIKULTUR UUM MELAKUKAN AMALI PEMASUAN ORKID

bottom of page