top of page

MINI GOLF MEMBANTU PERKEMBANGAN MAHASISWA

 

Oleh: Nurul Aina Ahmad Fuad

Kini, bilangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang semakin bertambah memerlukan keupayaan untuk menguruskan setiap perkara dengan baik. Percambahan idea  mahasiswa dapat di bantu dengan adanya tempat-tempat yang menarik untuk mereka meringankan rasa stress apabila terdapatnya banyak tugasan yang diberikan kepada mereka.

Oleh itu, Mini Golf telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan ramai pengunjung yang hadir. Mini Golf ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa supaya dapat mengasah bakat mereka sendiri dengan bermulanya di Mini Golf ini. Selain itu, Mini Golf ini dapat memberikan rasa semangat kepada mahasiswa yang inginkan bermain golf tetapi takut untuk menghadirkan diri.

Penubuhan mini golf ini adalah idea daripada Naib Canselor  yang keempat iaitu Dato` Prof Ir. Dr. Mohammad Noor Bin Haji Salleh. Menurut beliau Mini golf ini adalah untuk memastikan mahasiswa kita tidak berasa bosan. Mini Golf ini juga ada menyediakan 2 buah wakaf dan kaunter pendaftaran untuk pelajar yang inginkan melihat tempat ini.

Menurut Arkitek Landskap Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) Pn. Norani Binti Abu Seman juga, Mini Golf juga mempunyai  18 lubang untuk bermain dan berkeluasan yang 2 ekar dapat memuaskan hati pengunjung yang datang. Beliau juga berkata kos pembinaan Mini Golf ini adalah sebanyak  Rm70,000 yakni RM50, 000 daripadanya yang awal dan RM30, 00 adalah untuk membina keperluan tambahan yang di perlukan seperti wakaf, lampu solar dan sebagainya.

Mahasiswa sekarang sangat susah untuk bersukan mereka juga mudah untuk mendapat penyakit. Hal ini kerana, sudah semestinya setiap universiti atau tempat yang mereka belajar akan menyediakan tempat-tempat untuk mereka melakukan latihan bagi meningkatkan daya ingatan dan juga badan seperti pepatah ada menyebut "badan yang cergas, otak yang cerdas".

 

Tambahan pula, bahagian penyelenggaran akademi  golf, Encik Firdaus menerangkan serba sedikit bahawa Mini Golf ni adalah replika golf iaitu terdiri daripada teebox, fairway dan green yakni di jadikan dalam satu lubang pasir untuk mini golf tersebut.. Nama lain bagi lubang pasir juga adalah bunker dan beliau juga ada mengatakan kolam kecil yakni replika.

Mini Golf ini juga mempunyai reka bentuk landskap yang dapat menarik minat   mahasiswa mahupun orang luar yang datang. Mengisi masa lapang adalah tujuan yang paling utama penubuhan Mini Golf. Encik Firdaus berkata, bahawa penjagaan Mini Golf adalah di bawah tanggungjawab beliau dan pekerja di sekitarnya.


Justeru , mahasiswa perlu mengambil inisiatif atau peluang yang sentiasa diberikan oleh UUM untuk menambahkan pengalaman mereka. Dalam pembelajaran mahasiswa sudah pastinya akan menghadapi pelbagai ujian yang akan memberikan kesan kepada diri sendiri. Oleh itu, kewujudan Mini Golf perlu dijadikan suatu aktiviti untuk meningkatkan kesihatan dan percambahan idea untuk membuat tugasan atau sebagainya.

bottom of page