top of page

TAMAN REKREASI  NADI UUM

Oleh : Mohammad Johary B Yaakob

Sintok- Kemenangan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam ‘Pertandingan Landskap 2015’ di tempat pertama bagi kategori pejabat telah menaikkan lagi rasa sayang warga UUM terhadap keindahan alam sekitar.

Arkitek Landskap Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Norani Abu Seman berkata, lokasi yang dipilih JPP untuk dinilai oleh panel juri adalah kawasan landskap Anjung Tamu UUM dan sekitarnya. Menurutnya, tujuan penyertaan adalah untuk mempamerkan keindahan reka bentuk landskap dengan gabungan landskap lembut dan kejur yang memenuhi objektif dan fungsi bangunan Anjung Tamu serta ruang kawasan di sekeliling.

JPP adalah Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan UUM yang diketuai oleh Ir. Md. Uzairin bin Saidin selaku pengarah. JPP terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah Unit-Pertanian-Landskap-Perhutanan yang memperuntukkan seramai 23 orang staf bagi mengoperasikan unit tersebut.

Antara peranan unit ini ialah bertanggungjawab dalam urusan penyeliaan dan pengawasan ke atas kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak pembangunan dan penyenggaraan pertanian, landskap dan perhutanan, menyediakan reka bentuk dan spesifikasi sebut harga dan tender bagi bekalan dan kerja-kerja pertanian, landskap dan perhutanan. JPP juga bertanggungjawab untuk memastikan tempat-tempat rekreasi dan pelancongan dalam kampus berada di dalam keadaan yang sentiasa sesuai untuk dilawati atau digunakan, memberi khidmat susun hias pokok-pokok berpasu, bunga bermusim dan bunga keratan untuk majlis atau aktiviti Universiti dan pihak luar, memberi khidmat nasihat mengenai aspek-aspek pertanian, landskap, dan perhutanan yang meliputi program keindahan dan keceriaan persekitaran Kampus

Selain landskap, UUM juga kaya dengan fauna seperti kuda, rusa, itik, burung unta dan sebagainya. Pelancong boleh melihat semua haiwan ini di Pusat Ekuin bagi kuda, ladang rusa, Tasik DPP Mas dan sekitar DKG 5 bagi burung unta.

Menariknya lagi, UUM diserikan lagi dengan keindahan taman semulajadi. Taman Semulajadi ini adalah merupakan salah satu daripada tempat-tempat yang di katakan menarik di Universiti Utara Malaysia. Keindahannya yang semulajadi itu berjaya menarik minat ramai pengunjung untuk terus mengunjung ke sana. Taman ini di katakan mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan yang hidup di situ. Tempat ini di penuhi dengan flora dan fauna. Taman ini mengandungi tapak seperti semaian orkid, taman herba, habitat rama rama dan juga 'santuary' burung.

Bagi mereka yang meminati keindahan alam dan kicauan burung-burung, taman semulajadi menjanjikan sesuatu yang sungguh mengembirakan. Sesiapa yang meminati fotografi juga boleh menjadikan taman ini sebagai latar belakang penggambaran. Tempat ini memang merupakan satu tempat yang sangat menarik di UUM. Sesiapa sahaja dibenarkan untuk melawati taman tersebut.

bottom of page