top of page

Sintok- Bengkel Zero To One anjuran Persatuan Media (PERMEDIA) dengan kerjasama HAS Filmmaking Academy berjaya menerapkan teknik penghasilan produksi filem pendek yang bermutu tinggi, baru-baru ini.

 

Peserta sedang menghasilkan video pendek disekitar bangunan SMMTC.

Bengkel ini diadakan di Makmal 3, SMMTC dan disertai oleh 30 orang peserta daripada Jurusan Teknologi Media.

 

Bengkel sehari ini dimulakan dengan pembelajaran penulisan skrip dan peryediaan storybord.

Peserta dibahagikan mengikut kumpulan untuk mengolah skrip yang diberikan ke dalam bentuk video.

Pembikinan video pendek dilakukan di sekitar bangunan SMMTC dengan menggunakan telefon peserta sendiri.

Pada sesi petang pula, peserta didedahkan dengan teknik suntingan video menggunakan perisian yang disediakan oleh HAS Filmmaking Academy.

 

“Dalam bengkel ini, peserta dapat mempelajari asas menulis skrip, mempelajari asas pengambaran secara praktikal dengan gerak kerja produksi yang betul dan mempelajari teknik penyuntingan menggunakan Sony Movie Studio”, kata Pengarah Program Zero To One, Nurzuraini Mohd Zahri.

Tambah beliau lagi,  objektif bengkel ini ialah memberi pendedahan kepada para pelajar secara asas untuk menyediakan skrip, melukis storyboard dan menyunting video, meningkatkan kemahiran teknik-teknik asas dan gerak kerja semasa penggambaran. 

Selain itu, bengkel ini menyediakan ruang dan platform kepada para pelajar untuk mempelajari dan mengambil ikhtibar daripada pengalaman HAS dan menggalakkan minat pelajar dalam memahami konsep yang betul dalam perspektif media.

Menurut Nur Liyana Abdul Ghani, 22, pelajar Jurusan Teknologi Media berkata, bengkel seperti ini amat memberi manfaat kepadanya untuk mempelajari tentang produksi filem pendek.

“Penganjuran bengkel produksi filem pendek ini menjadi asas kepada penghasilan video dan filem pendek. Dengan ini, peserta-peserta digalakkan untuk berani meneroka seni penghasilan video dan filem secara berterusan”, ujar wakil HAS Filmmaking Accademy.

Zero To One Bengkel Produksi Filem Pendek

bottom of page