Sintok-Kelab Perkim adalah Kelab Kebajikan Islam Malaysia dimana penubuhannya adalah idea yang lahir daripada Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Arafah apabila melihat sendiri perpaduan sejagat di kalangan umat Islam dalam satu ikatan akidah yang mengenepikan sama sekali batas-batas bangsa, warna kulit, darjat, pangkat, tua dan muda.
Universiti Utara Malaysia juga mempunyai kelab PERKIM yang menganjurkan pelbagai program kerohanian yang dimana mempunyai objektif yang tersendiri. Pada bulan Februari 2015, telah berlangsungnya Program First Plan to Score Excellent 2.0 dan program ini di berikan pencerahan oleh Ustaz Solhi Bin Haji Mohd Sharif Yang menjadi motivater , inspirasi, kemudahan , perunding dan pelatih UWAIS .
Program ini berlangsung pada 26 Februari 2015, bertempat di Pusat Islam bermula pada Jam 2.00 pm sehingga 7.30 pm yang dihadiri seramai 156 peserta dan bilangan ini tidak dapat dijangka oleh pengarah program.
Pengarah Program memberikan sedikit kata-kata tentang program bahawa program ini menarik dan boleh di anjurkan oleh kelab PERKIM lagi kerana peserta yang hadir agak ramai dan ini menunjukkan sokongan yang positif daripada orang ramai.
Tambahan beliau lagi , beliau merasakan bahawa objektif program tercapai apabila mendapat maklum balas yang positif daripada peserta dan antara objektif yang di berikan adalah menyediakan satu strategi dalam kajian dan cara untuk menimba ilmu secara berkesan untuk meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar.
Penceramah melakukan banyak aktiviti di dalam program tersebut yang membuatkan peserta tidak mudah bosan. Sebagai contohnya melukis, aktiviti yang menguji fikiran serta peserta juga dapat mengetahui sifat yang ada dalam diri mereka sendiri iaitu kinestatic, visual dan sebagainya.
Selain itu, peserta memberikan maklum balas yang positif dimana peserta mengatakan bahawa penceramah adalah seorang yang pandai menarik perhatian seseorang terutama dalam golongan peserta sendiri dan mereka, juga ada mengatakan penceramah tersebut boleh dijadikan sebagai role model untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Bergambar bersama penceramah dan peserta adalah slot yang terakhir yang di lakukan di dalam program tersebut dan ramai peserta yang berjumpa dengan Ustaz Solhi untuk meminta pendapat tentang penyusunan jadual dan sebagainya.