top of page

Sintok- Unity Spirit Towards Spring (USTS) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program “Journey For Sight” pada 15 Mac 2016 di UUM.

Program ini dilaksanakan di bawah Biro Logistik Unity Spirit Towards Spring (USTS) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM yang diketuai oleh Kang Jun Cheng.

 

Pelajar UUM sedang mengatasi halangan dengan menutup mata.

Program sehari ini mendapat sambutan meriah dengan penyertaan lebih 200 pelajar UUM.

Menurut Pengarah Program, Leong Gen Eu, program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan pelajar UUM terhadap masyarakat yang cacat penglihatan.

Menurut beliau lagi, program ini juga dapat meningkatkan kesedaran sosial kepada pelajar UUM.

Program ini memaparkan sebuah video yang menyentuh hati untuk menggalakkan pelajar UUM melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Selain itu, program ini melakukan aktiviti “Blindfold Run” dengan menutup mata peserta supaya dapat merasai apa yang dilalui oleh mereka yang cacat penglihatan.

Menurut peserta program, Tam Mei Thien, pada mulanya saya berasa sangat takut kerana perlu menutup mata semasa berlari walaupun tangan dipegang oleh kawan saya, tetapi selepas berlari saya berasa sangat gembira kerana dapat merasai bagaimana orang yang cacat penglihatan menjalani kehidupan harian mereka.

Para peserta turut didedahkan dengan tatacara adab berinteraksi dengan golongan cacat penglihatan.

Program ini merupakan satu aktiviti yang berfaedah dan memberikan teladan yang baik kepada pelajar UUM.

MPP UUM anjur Journey For Sight

bottom of page