top of page

Sintok- Kelab Go Kart Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melaksanakan Bengkel Pengurusan Go Kart yang diadakan di litar Go Kart UUM, baru-baru ini.

 

Barisan Majlis Tertinggi Kelab Go Kart UUM  yang membantu menjayakan program.

 

Program ini telah berjaya menghimpunkan sebilangan pelajar UUM yang berminat menceburkan diri dalam bidang sukan bermotor.

 

Presiden Kelab Go Kart, Muhammad Iqram Aziz menyifatkan  program ini sebagai ‘batu loncatan’ untuk mendedahkan sukan ini kepada pelajar UUM terutamanya pelajar semester satu.

Menurut beliau lagi, program ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan cara mengendalikan Go Kart dengan betul dan selamat.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam pelajar untuk menyertai perlawanan persahabatan Go Kart antara universiti pada program yang akan datang.

Menurut Syazri salah seorang peserta program ini berkata, program ini membantu membendung rasa takut semasa memandu.

Kelab ini juga sangat mengalu-alukan pelajar perempuan untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

Kelab Go Kart mencungkil bakat baru pelajar UUM

bottom of page