top of page

DPP Petronas Diiktiraf Sebagai DPP Elit Universiti Utara Malaysia

Oleh : Kohila

DPP Petronas ditubuhkan pada 1991. Pada tahun tersebut, DPP Petronas dinamakan sebagai Kolej D9 sempena nama bangunan mengikut nombor yang diberikan oleh pihak universiti mengikut nombor.  DPP Petronas diselia di bawah pihak pengurusan Pusat Penginapan Pelajar (SAC) dan DPP ini menggunakan moto ‘The Power Of Patriotism’. Kedudukan DPP Petronas adalah sangat strategik berhampiran dengan The Varsity Mall, Pusat Budaya dan Seni, Masjid Sultanah Badlishah, Pusat Aktiviti Pelajar, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Dewan MAS, Dewan TSO dan lain-lain.

DPP Petronas diiktiraf sebagai DPP elit oleh HEP UUM pada tahun 2013 berdasarkan dua faktor utama. Faktor pertama ialah PNGK pelajar iaitu setiap pelajar di DPP ini perlu memperolehi PNGK sebanyak 3.00 dan ke atas, manakala faktor kedua adalah penglibatan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak DPP ataupun kelab. Ada dalam kalangan pelajar yang tidak mencapai PNGK yang tinggi tetapi masih boleh kekal di DPP ini berdasarkan kategori kedua tadi.

 DPP Petronas mampu memuatkan  1000 orang pelajar dan mempunyai 2 blok bagi pelajar lelaki ( Blok A,B ) serta 6 blok bagi pelajar wanita ( Blok C,D,E,F,G,H ). 

Sekiranya pelawat mengunjung ke UUM, contohnya baru-baru ini dilawat oleh pelajar dari Universiti Prince of Songkhla , pihak universiti menghantar mereka ke DPP Petronas. Hal ini kerana DPP ini sedaya-upaya memberikan keselesaan yang terbaik dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka.  DPP Petronas menyediakan kemudahan yang istimewa yang tidak terdapat di DPP lain. Antaranya ialah studio tarian, tempat membuat BBQ, gym terbuka, bilik masak, bilik aktiviti pelajar, bilik komputer, pentas terbuka dan dataran ilmu. DPP Petronas juga turut dilengkapi dengan pelbagai aset untuk pelajar contohnya peralatan sukan, aset kebudayaan, gelanggang futsal, dan juga PA sistem di mana peralatan-peralatan ini turut dipinjam oleh DPP lain.

Petronas Lounge dibuka pada 13 November 2013. Petronas Lounge merupakan lounge yang pertama dibuka di UUM dimana, baru-baru ini lounge turut dibuka di DPP TM, DPP Tradewinds dan DPP YAB. Pihak universiti memperuntukkan RM40 000 untuk membangunkan lounge di DPP Petronas. Lounge ini agak istimewa berbanding dengan lounge DPP lain kerana mempunyai bilik karaoke, snuker, televisyen dan set sofa. Lounge ini beroperasi selama 16 jam setiap hari dimana lounge DPP lain hanya beroperasi pada waktu tertentu sahaja. Pelajar dari DPP lain juga turut mengunjungi ke lounge ini kerana kemudahan yang lebih selesa dan kondusif berbanding dengan lounge DPP lain

  Menurut Pengetua DPP Petronas, Dr. Mohd Nazri Baharom, ‘pengurusan DPP Petronas mengamalkan konsep Open Office dan Mesra Pelajar dimana pelajar memegang jawatan sebagai jawatankuasa pembangunan siswa yang dianggap sebagai ‘kakitangan’ dalam menguruskan DPP. Beliau berharap DPP Petronas terus membina lebih banyak kejayaan dan dapat mengharumkan nama universiti ke arena kebangsaan mahupun antarabangsa.

bottom of page